Thursday, June 18, 2020

kertas kerja sambutan hari raya aidilfitri

Assalamualaikum semua. Nampaknya pada tahun ini tiada sebarang masjlis sambutan hari raya peringkat sekolah yang diadakan. Jika tidak, pastinya ramai antara guru dan Pembantu Tadbir yang sibuk mencari kertas kerja untuk budget bagi menjadikan majlis yang dirancang meriah dan sempurna sesuai dengan budget.

Walaupun begitu ingin saya kongsikan kertas kerja majlis sambutan hari raya aidilfitri peringkat sekolah yang sememangnya sesuai dengan kehendak auditor. 



Description: Image result for BORDER GAMBAR KETUPAT
SK (LKTP) KERATONG 4
26900 BANDAR TUN RAZAK
PAHANG DARUL MAKMUR



KERTAS KERJA
SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI
2019








DISEDIAKAN OLEH :
AJK SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI
SK (LKTP) KERATONG 4
PENGENALAN
Dalam meneladani sunnah Nabi s.a.w adalah sebagaimana yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya: “Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu).”

OBJEKTIF
1.Mengingati dan menghayati Hari Raya Aidilfitri
2.Menanamkan dan memupuk minat mencintai hari kebesaran islam.
3.Menghubungkan silaturahim dan bermaafan di antara warga sekolah, AJK PIBG dan para jemputan sempena hari raya.

SASARAN
Semua warga SK (LKTP) Keratong 4 & tetamu dari kalangan Guru Besar dan Pentadbir sekolah berhampiran dan  Pengurus Felda Keratong 4 & 5.
JANGKA MASA
19 Jun 2019

STRATEGI PERLAKSANAAN
1 .Mesyuarat AJK Sambutan Hari Raya
2. Pembahagian tugas
3. Perlaksanaan aktiviti

 JAMUAN RAYA

Seperti tahun sebelumnya,  Majlis Sambutan Hari Raya akan diadakan dengan kerjasama AJK PIBG.
Menu untuk guru dan tetamu yang hadir disediakan mengikut rumah sukan. Setiap Rumah Sukan diberikan menu tertentu dan dikehendaki memasak secara ‘port luck’ atau bergotong royong. Menu untuk pelajar pula, akan ditempah daripada Kantin Sekolah.  Pelajar juga dibenarkan makan menu yang disediakan oleh guru sebagai tambahan makanan. Untuk kuih raya pula, semua pelajar diminta membawa kuih raya (tiada paksaan). Cadangan menu adalah seperti berikut

                Rumah Pink        : Mihun Sup  dan air bandung
              Rumah Purple   : Laksa dan air anggur
                Rumah Oren      : Mee kari dan air oren
                Rumah Silver      : Mihun Singapore dan air asam boi
                PIBG                      : Sate, Lemang dan Rendang



TENTATIF PROGRAM


7.30 pagi                                              Murid berkumpul di Dataran Ilmu
                                                                - Ucapan Guru Bertugas Mingguan                                                         
- Guru mengambil kedatangan dan diserah ke pejabat
8.00 pagi                                              Menonton Video Ceramah Hari Raya
                                                                Pameran Buku oleh Syarikat Blink (jemputan)
9.00 pagi                                              Jamuan Makan / Kedatangan Tetamu
12.00 tgh hari                                     Murid masuk ke dalam dewan
                                                                Persembahan Murid
1.30 petang                                        Bersurai              





  








JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM


PENASIHAT

YM TENGKU NAZUEN BIN TENGKU IBRAHIM
Guru Besar SK (LKTP) Keratong 4


PENGERUSI

ENCIK ZAFIROS BIN RAMLAN
GPK Kokurikulum


NAIB PENGERUSI

PUAN HAJH. ENDON BINTI MUDA
GPK Pentadbiran


PENYELARAS
PN. YUSMARIZA BINTI YUSOFF


SETIAUSAHA

ENCIK AB AZIZ BIN YUNUS


AJK

En. Muhamad bin Abdullah
Pn. Suriyah bt. Mustapa
Pn. Norila binti Zainun
Staff  Pembersihan Kawasan
AJK PIBG








SENARAI AJK

PERSEMBAHAN
En. Muhamad b. Abdullah
KAWALAN  MURID

En. Azarudin bin Hassan
En. Mohd Yusman b. Abdul Jalil
En. Ab Aziz bin Yunus
En. Hazalihanes b. Hassan
En. Azahar b. Atan

JAMUAN MURID DAN TEMPAT
Tempah dari pengusaha kantin dibantu oleh guru kelas dan staff pejabat.
Makan di kantin sekolah.
JAMUAN GURU &  TETAMU /  TEMPAT

Pn. Marzuin binti Shahamaudin
Pn. Yusmariza binti Yusoff
Pn. Zulaida bt. Bidin
Pn. Herita Zurhazalina bt. Ghazali
Semua ketua rumah sukan
PIBG

SIARAYA

En. Azarudin b. Hassan


JURUKAMERA

Pn. Nor Ashiqin bt. Shaharom
DOKUMENTASI
Pn.Marzuin bt. Shamaudin
PUBLISITI
Pn.Siti Hajar bt. Ab Rahman
KUIH RAYA

Pn. Hayati bt. Salleh
Pn. Normahezan bt. Kamarudin
En. Hazalihanes b. Hassan
En. Azahar b. Atan






SUMBER  KEWANGAN
1.       KW Suwa / Kantin

ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL
PERKARA
KENYATAAN
JUMLAH
PERUNTUKAN
1
Jamuan Murid                     
Nasi Minyak + ayam masak merah + dalca
416 orang x RM 2.50
RM 1040.00
KWS / Kantin
2
Jamuan Guru dan staff  & AJK PIBG
Nasi Minyak + ayam masak merah + dalca + air
50 orang x RM5.00 = RM250.00
RM250.00
Kelab Guru dan Kakitangan SKK4
3
Air Sunquick  4 tong (murid)
4 tong  x RM15.00
RM    60.00
KWS / Kantin


Duit sekolah
RM1100.00



Jumlah keseluruhan
RM 1355.00


Disediakan oleh :                                                                                              Disemak oleh :

..……………………….………………….                                             ...........................…………
(                                                         )                                                    (                                       )
Penyelaras Sambutan Hari Raya                                                                     GPK Kokurikulum
SK (LKTP) Keratong 4                                                                                 SK (LKTP) Keratong 4



Disahkan oleh :


………………………………
(                                                                    )
Guru Besar
SK (LKTP) Keratong 4

No comments:

Post a Comment